Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label –. Tampilkan semua postingan

Rabu, 12 Maret 2014

Jadwal Pertandingan Sepak Bola di TV Periode 30 Oktober – 02 November 2012


JADWAL PERTANDINGAN SEPAK BOLA LIVE 
PERIODE 30 OKT – 02 NOV 2012
RCTI
  • Rabu, 31 Okt 2012 (02.45 WIB) CAPITAL CUP: Reading vs Arsenal
  • Kamis, 01 Nov 2012 (02.05 WIB) CAPITAL CUP: Chelsea vs Manchester United
  • Kamis, 01 Nov 2012 (05.00 WIB) CAPITAL CUP: Norwich vs Tottenham (delay)  
STAR SPORTS
  • Selasa, 30 Okt 2012 (03.30 WIB) LA LIGA: Valladolid vs Sociedad
  • Rabu, 31 Okt 2012 (17.30 WIB) LC Asia: Ulsan Hyundai vs Bunyodkor
  • Kamis, 01 Nov 2012 (00.00 WIB) LC Asia: Al Ahli vs Al Ittihad
ESPN
  • Kamis, 01 Nov 2012 (01.00 WIB) NEXTGEN: Juventus vs Man.City
TVRI
  • Rabu, 31 Okt 2012 (02.45 WIB) SERIE A: Palermo vs AC Milan
  • Kamis, 01 Nov 2012 (02.45 WIB) SERIE A: Inter Milan vs Sampdoria
  • Jumat, 02 Nov 2012 (02.45 WIB) SERIE A: Genoa vs Fiorentina
Read More..

Kamis, 20 Februari 2014

Langkah Johor Ubah Cuti Mingguan Silap – SBF


Persatuan Perniagaan Singapura (SBF) menyifatkan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar mengubah cuti rehat mingguan negeri itu menjadikan Johor kurang menarik sebagai destinasi pelaburan.

Menurut SBF, kebanyakan ahli persatuan itu banyak menjalankan urusan perniagaan dengan usahawan di Johor dan juga di wilayah Iskandar menyifatkan keputusan dibuat pada masa yang salah iaitu ketika hubungan dagang antara Singapura  dan Malaysia semakin kuat.

Sultan Ibrahim, sempena ulangtahun keputeraannya yang ke-55 bertitah cuti rehat mingguan Johor ditukar kepada Jumaat dan Sabtu berbanding Sabtu dan Ahad sebelum ini.

Menurut laporan stesen berita Singapura, Channel News Asia, Ketua Pegawai Eksekutif SBF Ho Meng Kit berkata perniagaan akan menjadi kurang efisien dengan keputusan itu.

Menurut beliau, sebagai contoh jika ada sebuah syarikat di Singapura mempunyai sebuah anak syarikat di Johor kini hanya ada empat hari bekerja yang seragam antara kedua-dua syarikat di dua negara berbeza.

“Jika syarikat ingin membuat penghantaran barangan di antara syarikat di Singapura dan Johor, ia perlu dilakukan dalam tempoh empat hari iaitu Isnin sehingga Khamis berbanding lima hari sebelum ini,” katanya.

Untuk rekod, sebelum tahun 1994 cuti di negeri Johor juga adalah pada Jumaat dan Sabtu.

“Pada tahun 1994, jika syarikat perlu beroperasi pada hari Jumaat pihak syarikat perlu membayar bayaran lebih masa tetapi jumlah kakitangan yang boleh bekerja tidak ramai.. secara tidak langsung ia menjadikan Johor kurang menarik untuk pelaburan,” katanya.
Read More..