Selasa, 11 Februari 2014

Kes Liwat Mahkamah Benarkan Gugur Hakim


PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan menangguhkan pendengaran rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas membenarkan bantahan awal pihak pembelaan untuk menggugurkan hakim, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat daripada pendengaran kes berkenaan.

Hakim Datuk Ramly Ali membenarkan permohonan itu selepas peguambela, Karpal Singh berhujah menyatakan Tengku Maimun pernah terbabit dalam kes saman fitnah oleh Anwar terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2007. – BHarian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar