Jumat, 07 Maret 2014

Ustaz Hj Sobri Othman tokoh ulama Yayasan Pembagunan Pondok 1 Malaysia

Assalamualaikum wb 
para pengikut setia blog Cahaya Kehidupan Tauhid 
Alhamdulillah saya mula menulis semula setelah 3 hari berdiam diri kerana kurang sihat . Alhamdulillah malam ini diberi kelapangan maka saya meninjau beberapa isu, terdetik henak komen isu iaitu isu Ustaz Sobri Jitra Kedah dapat anugerah Tokoh Pondok Yayasan Pembagunan 1 Malaysaia 
Rasa begitu hairan dan sangat takjub !!!
Saya kenali Tn Guru Hj Sobri sebagai ulama yang sangat keras dalam hukuman tiba-tiba boleh hadir majlis Yayasan Pembagunan Pobdok 1 Malaysia ???
Sungguh menghairankan saya . 24 Tn Guru Pondok dari 28 buah Pondok seluruh Kedah menolak Yayasan Pembagunan Pondok 1 Malaysia ,mengapa Ust Sobri pula yang kami kenali ulama yang suka bersikap syadid / keras tiba-tiba boleh terima tokoh yang diberi oleh Najib ? 
Dulu Ust Sobri kuat PAS sekarang apa dah terjadi ? 
Subahanllah .....
Apa pun sebelum komen lebih lanjut saya menyifatkan perhimpunan Yayasan  Pembagunan Pondok 1 Malaysia gagal , gagal mendapat sokongan keseluruhan Pondok -Pondok seluruh Malaysia terutamanya dari Kedah dan Kelantan . Ramai tokoh ulama yang hebat-hebat tidak turun memberi restu kepada Yayasan ini pada 8.11.2012 tempoh hari. 
Ini membuktikan ulama kita masih Istiqamah dalam penderian mereka tidak mahu bersetongkol dan bersubahah dengan kerajaan pimpinan Najib ...
Yayasan Pembagunan Pondok ditubuhkan diakhir -akhir saat UMNO dalam keadaan cemas menghadapi Pilihanraya , dari mula Merdeka hingga sekarang Kerajaan tidak pernah beri bantuan kepada Pondok bahkan menarik bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat ( SAR).Dari dulu hingga kini Pondok -pondok berdikari sendiri . Tuan -tuan guru pondok berjuang demi agama , ikhlas menyampaikan dakwah . Bila Pondok mampu maju dengan usha sendiri dan apabila pondok rapat dengan PAS kini UMNO/BN membuat kajian ingin menguasai Guru Pondok serta masyarakat pondok untuk mendapat pengaruh politik demi mengekalkan kuasa memerintah . Jika nak bagi bantuan tunggu setelah pilihanraya . Rakyat telah masak dengan permainan janji kerajaan . Rakyat sekarang sudah bijak bukan seperti zaman dulu .
Bagi Saya jika Tn Guru Hj Sobri tidak mesra UMNO lebih baik untuk masyarakat . 
24 ulama Pondok dari 28 Pondok di Kedah menolak penyertaan Yayasan Pembagun Pondok 1 Malaysia kerana kita sedar penubuhan ini ada tujuan mendapat keuntungan politik. 

50 Tahun lebih kita berjuang untuk naikkan Islam , kebatilan hampir ranap mengapa kita nak bantu mereka lagi ???
Hujjah Tn Guru Pondok Kedah lain dalam himpunan rasmi pada 1.1.2012 sangat tegas menentang kezaliman pemerintah yang tidak membawa Islam dalam pemerintahan negara . 
Sekarang apa pun kita tunggu pilihanraya kita kerja kuat untuk naikan Islam dan menjatuhkan kerajaan zalim setelah itu kerja Islam kita masih diteruskan untuk naikkan Ahli Sunnah Wal Jamaah . 
Ustaz Sobri keliru isu tahaluf PAS -DAP hingga beliau tukar arah, kini beliau mesra UMNO ,sekarang beliau mengikut jejak Tn Guru Hj Abdullah Saamah ... Sedangkan jika bersama UMNO/BN mudarat lagi dari itu , jika Ust Sobri kecuali dari PAS dan UMNO mudah bagi kita dan lebih menguntungkandakwah beliau, jika beliau bersama UMNO maka amat sukar bagi masyarakat Kedah  sekaligus mendatangkan kerugian kepada dakwah beliau , makain ramai orang lari maka makin bertambah-tambah rugi .....
Orang Kedah susah jika tahu guru tu sokong UMNO atau UMNO mereka tidak akan mengaji hingga bila-bila sebab orang Kedah ini suka pilih guru ...Ini sangat menyedihkan dan membimbangkan saya . Dulu saya harapkan Ust Sobri lah bakal bersuara jika ada isu aqidah untuk menegur pimpinan sekarang dah jadi begini amat sedih bagi saya . Tapi Alhamdulillah saya masih ada ulama seperti guru saya sendiri Tn Guru Hj Salleh Musa , Syeikh Muslim dan ramai lagi Tn Guru Pondok Kedah yang saya boleh ntumpang ilmu mereka seperti Ustaz Awang Lanai , Ustaz Khairul Gajah Teriyak , Ustaz Ibrahim Jitra , Ustaz Ahmad Rejab Jitra , Ustaz Kamil Beris Jaya Sik , Ustaz Rauf dan ramai lagi saya boleh tumpang semangat mereka menyuarakan suara Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam perjuangan terutamanya di Kedah ini




Tidak ada komentar:

Posting Komentar