Senin, 24 Februari 2014

Najib dapat 4A 1F

Salam semua,


NAJIB (kanan) dan Muhyiddin geli hati dengan celoteh Mohd. Salleh ketika membahaskan usul ucapan Presiden di PWTC semalam.



KUALA LUMPUR - Penilaian wakil dari Kota Belud, Sabah yang memberikan markah 4A, 1F kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak mencuit hati perwakilan ketika perbahasan usul ucapan Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di sini semalam.
Datuk Seri Mohd. Salleh Tun Said secara berseloroh berkata, dia mahu membuat penilaian tersebut setelah diberi peluang sebanyak dua kali untuk bercakap pada perhimpunan itu.
"Jadi jangan marah sebab ada A dan F saya akan berikan. Pertama, gaya kepimpinan Datuk Seri saya beri A sebab Datuk Seri menjuarai dan mendampingi rakyat, berinteraksi langsung dengan anak muda dengan Twitter.
"Tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin malah Obama (Presiden Amerika Syarikat) pun tidak pernah memanggil rakan-rakan Twitter ke majlis high tea," katanya.
sumber: kosmo




Tidak ada komentar:

Posting Komentar