Selasa, 11 Maret 2014

Wawa Zainal Memang Terkena Penyakit Misteri


Kisah perkahwinan rahsia pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal masih lagi hangat diperkatakan sehingga ke saat ini.

Biarpun kedua-duanya sudah menjelaskan sebab hubungan itu dirahsiakan, masih ada yang pihak yang ragu-ragu atas penjelasan itu.

Antara persoalan hangat sebelum ini ialah, benarkah Wawa menghidap penyakit misteri yang memaksanya untuk kembali ke kampung halaman di Lahad Datu, Sabah atau sekadar alasan bagi menyembunyikan kandungannya?

Melalui sidang media yang diadakan kelmarin di Neo Damansara, dia menjelaskan bahawa sememangnya dia terkena penyakit misteri, memetik laporan Gua.

“Bapa saya yang hadir pada hari ini juga boleh mengesahkannya. Adik beradik saya seramai lima orang juga terkena dengan penyakit ini.

“Apabila saya sakit, ada individu lain yang masuk ke dalam tubuh saya dan saya menyedari perkara ini. Selama saya sakit, saya berubat di kampung halaman saya di Lahad Datu, Sabah.

Akhirnya, penyakit saya pulih sebelum saya melahirkan anak saya,” jelas Wawa.

Nampaknya, persoalan itu sudah ada jawapannya. Terima atau tidak, terpulang kepada diri masing-masing.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar