Rabu, 25 Desember 2013

Adik Nelydia Bercinta Dengan Nabil Jefri

SENROSE

Selepas kakaknya, Uqasha Senrose dikhabarkan bercinta dengan pelakon berkarakter, Pekin Ibrahim, adik kepada pelakon manis Nelydia Senrose pula dikaitkan bercinta dengan pelumba muda negara, Nabil Jefri.
Ini berikutan gambar-gambar mereka sekeluarga sedang menjamu selera dan kelihatan kelibat Nabil serta Qi Razali yang turut dikatakan rapat dengan Nelydia kini bersama-sama dalam gambar tersebut.
Malah Nelydia dan Qi pernah bercuti bersama-sama keluarga Nelydia di Phuket, Thailand baru-baru ini.
Baguslah begitu, kalau benar serius, selalunya lelaki yang ‘gentleman’ tidak segan serta berani untuk berjumpa kedua ibu bapa gadis yang dicintainya.
Tak gitu?
SENROSE1
SUMBER
Foto: Instagram Uqasha Senrose


Tidak ada komentar:

Posting Komentar