Senin, 30 Desember 2013

Penjenayah ‘Tertipu’ Larikan Bekas Abu Mayat!

Penjenayah Tertipu...Larikan Bekas Abu Mayat Yang Disangka Barangan Kemas!

Johor Bahru – Sekumpulan penjenayah melarikan bekas mengandungi abu mayat milik seorang lelaki mangsa kemalangan, Yiu Boon Sin, 22, kerana menyangka ia berisi barangan kemas.
Dalam kejadian jam 5 pagi pada 17 Julai lalu di sebuah stesen minyak di Taman Suria, di sini, empat lelaki membonceng dua motosikal dan bersenjatakan parang merampas bekas abu itu daripada kakak mangsa.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, mangsa mati dalam kemalangan jalan raya di Tangkak 14 Julai lalu.
“Siasatan awal mendapati empat lelaki terbabit melarikan bekas berisi abu mayat itu kerana menyangka ia berisi barangan berharga.
“Hingga kini tiada tangkapan dibuat, dan orang ramai yang ada maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan,” katanya di Balai Polis Majidee, semalam.
Abu berkenaan sepatutnya dibawa pulang oleh keluarga Boon Sin ke Sabah pada hari kejadian untuk disembahyangkan serta disemadikan.
Menurutnya, keluarga mangsa membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun. – Harian Metro

Tidak ada komentar:

Posting Komentar